❓ Pusat Bantuan GuardNow

SOALAN
LAZIM

Semua yang anda perlu tahu tentang GuardNow — platform pengawal keselamatan buffer #1 Malaysia

🔍
🛡️
UNTUK PENGAWAL
Panduan lengkap untuk pengawal buffer GuardNow
Bagaimana cara daftar sebagai pengawal GuardNow?
+
Pergi ke bufferguards.com dan tekan "Daftar Percuma". Isi maklumat peribadi, tetapkan radius carian syif, masukkan butiran bank untuk terima bayaran, dan muat naik selfie sebagai gambar profil. Proses pendaftaran mengambil masa kurang dari 5 minit dan adalah percuma sepenuhnya.
Berapa upah minimum yang akan saya terima?
+
Upah minimum untuk setiap syif dalam GuardNow adalah RM80.00. Tiada syif yang boleh ditawarkan di bawah kadar ini — sistem akan menolak secara automatik. Upah biasa adalah antara RM80 hingga RM100 bergantung kepada syarikat dan lokasi.

💡 Potensi Pendapatan
Pengawal dengan score tinggi boleh bekerja sehingga 30 hari sebulan × RM90 (avg) = RM2,700 sebulan!
Bagaimana Reliability Score saya dikira?
+
Reliability Score anda dikira berdasarkan:
  • Rating yang diberikan oleh majikan selepas setiap syif
  • Kadar kehadiran — hadir tepat masa meningkatkan score
  • Kadar pembatalan — batalkan last minit akan kurangkan score
  • Konsistensi — selesaikan setiap syif dengan baik
  • Keaktifan dalam platform — log masuk secara berkala
Score maksimum adalah 5.0. Pengawal dengan score 4.8 ke atas mendapat badge 🏆 Top Guard dan lebih banyak peluang kerja.
Apa berlaku kalau saya tidak aktif dalam app?
+
GuardNow menggunakan sistem Score Decay untuk menggalakkan pengawal kekal aktif:
Tempoh Tidak AktifPotongan Score
7 hari-0.2 mata
14 hari-0.2 mata lagi
21 hari-0.2 mata lagi
30 hari-0.2 mata lagi
Score minimum adalah 1.0 — tidak akan turun bawah paras ini. Anda akan terima notifikasi amaran sebelum sebarang potongan dilakukan. Cukup log masuk untuk hentikan potongan score.
Bagaimana nak rayuan jika score saya ditolak atas sebab yang tidak adil?
+
Dalam tempoh 48 jam selepas score ditolak, tekan butang "Rayuan Score" dalam dashboard anda. Isi borang rayuan dengan:
  • Sebab rayuan (pilih dari senarai)
  • Penerangan tambahan (max 500 patah perkataan)
  • Bukti — foto atau dokumen (jika ada)
GuardNow admin akan semak dalam masa 24 jam dan maklumkan keputusan kepada anda melalui notifikasi.
Boleh saya batalkan syif yang sudah diterima?
+
Ya, tetapi ada polisi pembatalan:
Masa PembatalanPenalti Score
24 jam atau lebih awalTiada penalti ✅
Kurang dari 24 jam-0.5 mata
Kurang dari 2 jam-1.0 mata
Tidak hadir (No Show)-2.0 mata
⚠️ Peringatan
Sentiasa batalkan awal jika anda tidak dapat hadir! No show berulang boleh menyebabkan akaun digantung.
Bilakah saya akan menerima bayaran?
+
Bayaran akan dikreditkan ke dompet GuardNow anda sebaik majikan mengesahkan kerja selesai — biasanya dalam masa sejam selepas syif tamat.

Jika majikan tidak mengesahkan dalam masa 24 jam, bayaran akan dilepaskan secara automatik.

Anda boleh transfer dari dompet ke akaun bank bila-bila masa.
✅ Jaminan Bayaran
Wang anda terjamin dalam escrow sebelum syif bermula. Majikan tidak boleh enggan bayar selepas kerja selesai!
Mengapa saya tidak boleh berurusan terus dengan majikan di luar platform?
+
Berurusan di luar platform akan merugikan anda kerana:
  • Score anda tidak akan naik — anda ketinggalan dari pengawal lain
  • Tiada perlindungan bayaran — majikan boleh tidak bayar
  • Anda bergantung kepada satu majikan sahaja yang tidak ada kerja setiap hari
  • Anda ketinggalan peluang dari beratus syarikat lain dalam GuardNow
💡 Ingat Ini!
Pengawal dengan score tinggi boleh bekerja sehingga 30 hari sebulan dari pelbagai syarikat — bukan tunggu satu majikan yang tidak ada kerja setiap hari!
🏢
UNTUK SYARIKAT
Panduan untuk syarikat keselamatan yang menggunakan GuardNow
Berapa servis caj GuardNow?
+
GuardNow mengenakan servis caj 5% di atas upah pengawal — dikenakan kepada syarikat, tidak ditolak dari gaji pengawal.
PerkaraJumlah
Upah pengawalRM 80.00
Servis caj GuardNow (5%)RM 4.00
Jumlah dibayar syarikatRM 84.00
Pengawal terimaRM 80.00 (penuh)
Berapa upah minimum yang boleh saya tawarkan?
+
Upah minimum yang dibenarkan dalam GuardNow adalah RM80.00 per syif. Sebarang tawaran di bawah RM80.00 akan ditolak automatik oleh sistem. Ini adalah untuk memastikan pengawal mendapat pampasan yang adil dan berpatutan.
💡 Kadar Standard
Kadar upah buffer pengawal yang biasa adalah antara RM80 hingga RM100 per syif (12 jam). Upah yang lebih tinggi akan menarik lebih ramai pengawal berkualiti untuk memohon syif anda.
Bagaimana saya memilih pengawal yang sesuai?
+
Selepas syif dipost, anda akan nampak senarai semua pengawal yang memohon — disusun mengikut Reliability Score dari tertinggi ke terendah. Setiap kad pengawal menunjukkan:
  • Nama dan foto profil
  • Reliability Score (1.0 – 5.0)
  • Jumlah syif yang telah diselesaikan
  • Badge — 🏆 Top Guard, ✅ Verified Guard
Anda juga boleh tambah pengawal ke ❤️ Senarai Kegemaran — mereka akan diutamakan dalam permohonan syif anda pada masa hadapan.
Boleh saya batalkan syif selepas pengawal diterima?
+
Ya, tetapi ada polisi pembatalan untuk syarikat:
Masa PembatalanCaj Pampasan
24 jam atau lebih awalTiada caj ✅
Kurang dari 24 jam25% upah pengawal
Kurang dari 2 jam50% upah pengawal
Selepas pengawal clock-in100% upah penuh
Pampasan akan dikreditkan terus ke dompet pengawal yang terjejas.
Bagaimana cara mengesahkan kerja pengawal selesai?
+
Selepas pengawal clock-out, anda akan terima notifikasi dan dalam dashboard akan muncul dua butang:
  • Sahkan Kerja Selesai — bayaran dilepaskan terus kepada pengawal
  • Laporkan Masalah — bayaran ditangguh sementara siasatan
Jika tiada tindakan dalam 24 jam — bayaran akan dilepaskan secara automatik kepada pengawal.
⚠️ Peringatan
Sila sahkan kerja selesai dalam masa 24 jam. Anda akan terima 3 notifikasi peringatan pada jam ke-1, ke-6, dan ke-23.
💰
ESCROW & BAYARAN
Sistem bayaran terjamin GuardNow
Apakah sistem escrow GuardNow?
+
Escrow adalah sistem di mana wang bayaran disimpan dengan selamat oleh GuardNow sebelum kerja bermula. Ini memastikan:
  • Pengawal terjamin akan menerima bayaran selepas kerja selesai
  • Syarikat dilindungi — wang hanya dilepaskan bila kerja disahkan selesai
  • Tiada risiko penipuan untuk kedua-dua pihak
✅ Jaminan Mutlak
Wang dalam escrow adalah 100% selamat dan hanya akan dilepaskan mengikut syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Berapa baki escrow yang diperlukan sebelum post syif?
+
WAJIB — baki escrow mesti mencukupi sebelum sebarang syif boleh dipost. Pengiraan:
Bilangan SyifUpah Setiap SyifServis Caj (5%)Escrow Diperlukan
1 syifRM 80RM 4RM 84
3 syifRM 80RM 4 eachRM 252
5 syifRM 80RM 4 eachRM 420
10 syifRM 80RM 4 eachRM 840
❌ Syif Akan Ditolak Automatik Jika
Baki escrow tidak mencukupi untuk cover upah + servis caj. Sistem akan paparkan: "Baki escrow tidak mencukupi. Sila top up akaun anda sebelum post syif."
Bagaimana cara top up akaun escrow?
+
Tekan butang "Top Up" dalam dashboard syarikat anda. Anda akan diberi butiran akaun bank GuardNow untuk transfer:
  • Transfer melalui FPX, DuitNow, atau pindahan bank biasa
  • Muat naik resit pembayaran dalam app
  • Admin GuardNow akan update baki escrow dalam masa 1 jam bekerja
💡 Cadangan Top Up
Top up lebih dari yang diperlukan untuk elak gangguan operasi. Contoh: kalau anda biasa post 5 syif seminggu, top up RM500-RM600 untuk keselesaan.
Boleh saya tarik balik baki escrow yang tidak digunakan?
+
Ya, baki escrow yang tidak digunakan boleh ditarik balik bila-bila masa. Proses:
  • Tekan "Tarik Balik" dalam bahagian Bil dashboard syarikat
  • Masukkan jumlah yang ingin ditarik balik
  • Wang akan dikreditkan ke akaun bank syarikat dalam 3-5 hari bekerja
Nota: Hanya baki yang tidak "dipegang" untuk syif aktif boleh ditarik balik.
Apakah aliran bayaran lengkap dalam GuardNow?
+
Aliran bayaran GuardNow adalah seperti berikut:
  • Langkah 1: Syarikat top up escrow akaun GuardNow
  • Langkah 2: Syarikat post syif — sistem pegang wang dari escrow
  • Langkah 3: Pengawal mohon dan dipilih untuk syif
  • Langkah 4: Pengawal bertugas — clock-in dan clock-out GPS
  • Langkah 5: Syarikat sahkan kerja selesai dalam 24 jam
  • Langkah 6: Bayaran dilepaskan ke dompet pengawal — KERJA HARI INI, DUIT MASUK HARI INI!
  • Langkah 7: Pengawal transfer dari dompet ke akaun bank bila-bila masa
⚠️
PERATURAN PLATFORM
Peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pengguna GuardNow
Apakah peraturan utama penggunaan GuardNow?
+
Semua pengguna GuardNow wajib mematuhi peraturan berikut:
  • Upah minimum RM80 — tiada syif boleh ditawarkan di bawah kadar ini
  • Escrow mencukupi — baki escrow mesti cukup sebelum post syif
  • Maklumat benar — semua maklumat profil mesti tepat
  • Berurusan dalam platform — semua urusan kerja melalui GuardNow
  • Satu akaun sahaja — setiap individu atau syarikat hanya boleh ada satu akaun aktif
Apakah tindakan yang akan diambil jika melanggar peraturan?
+
GuardNow mengambil serius sebarang pelanggaran peraturan:
PelanggaranKali PertamaKali Kedua
Manipulasi sistemGantung 30 hariSuspended selamanya
Akaun bergandaGantung 30 hariSuspended selamanya
Bayar diri sendiriGantung 30 hariSuspended selamanya
Upah bawah RM80Syif ditolak autoAmaran + siasatan
Berurusan luar platformGantung 30 hariSuspended selamanya
⚠️ Nota Penting
Wang dalam dompet akan dikembalikan setelah siasatan selesai bagi kes suspended. Tiada rayuan diterima untuk pelanggaran kali kedua.
Apakah yang dianggap sebagai manipulasi sistem?
+
Tindakan berikut dianggap sebagai manipulasi sistem dan akan dikenakan tindakan tegas:
  • Mendaftar sebagai syarikat dan pengawal menggunakan maklumat yang sama untuk bayar diri sendiri
  • Mencipta akaun palsu untuk menaikkan score secara tidak sah
  • Menawarkan atau menerima bayaran di luar platform GuardNow
  • Memberikan maklumat palsu dalam borang rayuan atau aduan
  • Memujuk pengawal atau syarikat untuk berurusan di luar platform
  • Post syif dengan upah bawah RM80 melalui cara yang tidak sah
Bagaimana cara laporkan pengguna yang mencurigakan?
+
Jika anda mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan atau pelanggaran peraturan, sila hubungi GuardNow melalui:
  • WhatsApp: 0163292857
  • Email: usahawanmedia@gmail.com
Sertakan maklumat berikut dalam laporan anda:
  • Nama atau ID akaun yang dilaporkan
  • Jenis pelanggaran yang disyaki
  • Bukti — screenshot atau maklumat tambahan
Semua laporan akan dirahsiakan dan disiasat dalam masa 48 jam.
MASIH ADA SOALAN?
Pasukan sokongan GuardNow sedia membantu anda dalam masa 24 jam pada hari bekerja